NOTIS PERLINDUNGAN DATA APLIKASI SHIMANOKemas Kini Terakhir: Ogos 2023

 
  • 1. Pengenalan dan Skop

      Notis Perlindungan Data ini ("Notis") menerangkan aktiviti pemprosesan data sehubungan dengan penggunaan aplikasi berikut oleh anda yang dibangunkan dan ditawarkan oleh Shimano Inc.

      • Aplikasi E-TUBE PROJECT ("E-TUBE PROJECT"); dan
      • Aplikasi E-TUBE RIDE ("E-TUBE RIDE", secara kolektif "Aplikasi").

      Melainkan dinyatakan sebaliknya, maklumat yang diberikan di sini terpakai kepada kedua-dua Aplikasi secara am.

      Notis ini juga memaklumkan anda tentang aspek aturan yang paling berkaitan yang diputuskan oleh entiti-entiti Shimano yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pemprosesan data sehubungan dengan Aplikasi.

      Data Peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang berkaitan dengan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti; seseorang yang boleh dikenal pasti adalah orang yang boleh dikenal pasti, secara langsung atau tidak langsung, khususnya melalui rujukan kepada pengecam seperti nama, nombor pengenalan, data lokasi, pengecam dalam talian atau rujukan kepada satu atau lebih faktor yang khusus kepada fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, identiti budaya atau sosial orang tersebut ("Data Peribadi").

      Kategori-kategori khas data peribadi termasuk data yang mendedahkan asal usul kaum atau etnik, pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, atau keahlian kesatuan pekerja, data genetik, data biometrik, data mengenai kesihatan atau data mengenai kehidupan seks atau orientasi seksual seseorang tersebut (juga dirujuk sebagai "Data Sensitif").

      Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses Data Peribadi pengguna California dengan menyemak bahagian "Pendedahan Tambahan untuk Pengguna California" dalam Notis ini di bawah.

  • 2. Pengawal data

      Shimano Inc. ("SIC")
      3-77 Oimatsu-cho, Sakai-ku, Sakai City
      Osaka 590-8577, Jepun

      bersama dengan

      SHIMANO EUROPE B.V. ("SEU")
      High Tech Campus 92, 5656 AG Eindhoven,
      Belanda,

      SHIMANO NORTH AMERICA HOLDING, INC. ("SNAH")
      One Holland, Irvine, California 92618 A.S.A.

      dan

      SHIMANO SALES CO., LTD. ("SSJ")
      1-5-15 Chikukou-Shinmachi, Nishi-ku, Sakai-shi, Osaka, 592-8331, Jepun

      adalah entiti-entiti yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan Data Peribadi anda sehubungan dengan E-TUBE PROJECT dan E-TUBE RIDE sebagai pengawal data bersama (SIC, SEU, SNAH dan SSJ dirujuk bersama-sama selepas ini sebagai "kami").

      Sebagai pengecualian daripada perkara di atas, pengawal yang bertanggungjawab untuk memproses Data Peribadi anda sehubungan dengan E-TUBE PROJECT dan E-TUBE RIDE di

      - Australia, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan, Brazil, Indonesia, Thailand Argentina, Chile, Colombia, Costa Rica, Guatemala, India, Malaysia, Mexico, Panama, Filipina, Singapura, Uruguay and Venezuela ialah SIC,

      - Switzerland, Israel Turki, Andorra, Bosnia dan Herzegovina, Monaco, dan Republik Afrika Selatan adalah SIC dan SEU, dan

      - Kanada adalah SIC dan SNAH.

      Jika anda berada di negara-negara tersebut, dengan merujuk kepada "kami" dan dengan merujuk kepada SIC dan/atau SSJ dan/atau SNAH dan/atau SEU, kami hanya merujuk kepada syarikat atau syarikat-syarikat yang dinamakan di atas untuk negara masing-masing.

      Anda boleh menghubungi setiap pengawal bersama melalui pos di alamat di atas.

  • 3. Pegawai Perlindungan Data

      Kami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data Kumpulan ("DPO") untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan perlindungan data dan privasi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi DPO kami di privacy@shimano-eu.com.

  • 4. Maklumat yang kami kumpulkan

      Aplikasi kami menawarkan pelbagai kefungsian, perkhidmatan dan ciri-ciri ("Perkhidmatan") kepada anda, yang memerlukan atau membolehkan anda memberikan Data Peribadi tentang anda kepada kami. Di samping itu, kami mengumpulkan maklumat tentang anda secara automatik, termasuk Data Peribadi, semasa muat turun dan pemasangan Aplikasi pada peranti anda.

  • 4.1 Maklumat yang anda berikan kepada kami

      Apabila menggunakan Aplikasi kami, anda mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan dan Perkhidmatan kami yang mungkin memerlukan atau membenarkan anda memberikan Data Peribadi kepada kami. Kategori khusus Data Peribadi berkenaan bergantung pada aplikasi tertentu yang terlibat, seperti yang diterangkan di bawah.

      Jika maklumat tertentu diperlukan untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan tertentu kepada anda, kami akan menandakannya sedemikian. Kegagalan untuk memberi kami maklumat akan menyebabkan kemustahilan menyediakan perkhidmatan yang diminta kepada anda.

      (a) E-TUBE PROJECT
      • Maklumat pengguna: nama pengguna (nama panggilan), kata laluan log masuk (disulitkan), jantina, tarikh lahir, alamat rumah (peringkat negeri/wilayah), dan alamat e-mel;
      • Maklumat basikal: nama panggilan, maklumat komponen (nama produk, nombor gigi gear, nombor siri, versi perisian tegar, log unit, kunci pas nama komponen, dan Pengecam Unik Universal (‘Universally Unique Identifier‘) bagi unit tanpa wayar)

      E-TUBE PROJECT menawarkan anda pilihan untuk menggunakan aplikasi tanpa melog masuk. Jika anda memilih pilihan ini, kami tidak akan memproses maklumat basikal sebagai maklumat yang berkaitan dengan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.

      (b) E-TUBE RIDE
      • Maklumat pengguna: nama pengguna (nama panggilan), kata laluan log masuk (disulitkan). jantina, tarikh lahir, alamat rumah (peringkat negeri/wilayah), dan alamat e-mel;
      • Data berkaitan kesihatan: maklumat kadar denyutan jantung dan berat badan; danan
      • Maklumat basikal: nama panggilan, maklumat komponen (nombor serial, nama dan Pengecam Unik Universal (‘Universally Unique Identifier‘) bagi unit tanpa wayar), log tunggangan basikal (latitud/longitud, masa, ketinggian, jarak, kelajuan, kadens mengayuh, kedudukan gear, mod bantuan, log ralat)

      E-TUBE RIDE menawarkan anda pilihan untuk menggunakan aplikasi tanpa melog masuk. Jika anda memilih pilihan ini, kami tidak akan memproses maklumat berkaitan kesihatan atau basikal sebagai maklumat yang berkaitan dengan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.

  • 4.2 Maklumat yang kami kumpulkan secara automatik

      Apabila menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan kami, kami mengumpulkan Data Peribadi secara automatik. Kategori khusus Data Peribadi berkenaan bergantung pada aplikasi tertentu yang terlibat, seperti yang diterangkan di bawah:

      (a) E-TUBE PROJECT
      • Maklumat peranti: Alamat IP, ID peranti unik (seperti Instance ID, IDFV, Firebase ID); dan
      • Maklumat log penggunaan aplikasi: maklumat tentang interaksi anda dengan aplikasi, termasuk log ralat dan log pemulihan ranap, cap tarikh/masa dan data aliran klik

      (b) E-TUBE RIDE
      • Maklumat peranti: Alamat IP, ID peranti unik (seperti Instance ID, IDFV, Firebase ID);
      • Maklumat log penggunaan aplikasi: maklumat tentang interaksi anda dengan aplikasi, termasuk log ralat dan log pemulihan ranap, cap tarikh/masa dan data aliran klik
  • 4.3 Maklumat yang kami terima daripada sumber lain

      Sebagai peraturan umum, kami mengumpul maklumat secara langsung daripada anda. Walau bagaimanapun, kami juga menerima Data Peribadi tentang anda daripada sumber lain dalam situasi berikut:

      ID SHIMANO dan Media Sosial

      Penggunaan Aplikasi kami tidak memerlukan log masuk atau mencipta profil. Walau bagaimanapun, anda boleh berbuat demikian jika anda ingin.

      Jika anda log masuk ke Aplikasi kami dengan ID SHIMANO anda, kami akan menggabungkan maklumat yang kami proses tentang anda berhubung dengan Aplikasi kami yang berbeza untuk memudahkan pendaftaran bagi Perkhidmatan kami.

      Anda boleh mendaftar kepada ID SHIMANO melalui alamat e-mel atau dengan menyambung dengan akaun-akaun sedia ada di rangkaian media sosial seperti Facebook, Twitter, Apple ID dan Google.

      Sekiranya anda memilih untuk menggunakan akaun media sosial untuk mendaftar kepada ID SHIMANO, kami akan memproses data akaun pengguna media sosial anda. Maklumat ini berbeza-beza bergantung pada tetapan akaun media sosial anda dan boleh terdiri daripada yang berikut: nama akaun, lokasi, jantina, umur, alamat e-mel, dll.

  • 4.4 Data yang dinyahkenal pasti (‘Deidentified data’)

      Kami boleh menyahkenal pasti (‘de-identify’) Data Peribadi supaya ia tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti anda dan bukan lagi Data Peribadi. Kami akan mengekalkan dan menggunakan data ini hanya dalam bentuk dinyahkenal pasti (‘deidentified’) dan tidak akan cuba mengenal pasti semula (‘re-identify’) data tersebut.

  • 4.5 Kuki dan alat penjejakan lain

      Aplikasi kami menggunakan kuki dan mekanisme penjejakan lain untuk mengumpul maklumat.

      Kuki adalah fail teks kecil yang disimpan pada peranti anda untuk pelbagai tujuan. Anda boleh mengurus dan memadam kuki pada peranti anda dalam tetapan peranti yang sepadan.

      (a)

      Aplikasi kami menggunakan kuki yang benar-benar diperlukan. Kuki yang benar-benar diperlukan adalah penting untuk operasi dan penggunaan Aplikasi kami. Tanpa kuki ini, kami tidak akan dapat menawarkan Aplikasi dan Perkhidmatan kami kepada anda. Oleh itu, anda tidak boleh menarik diri daripadanya.

      (b)

      Kami menggunakan alat-alat penjejakan untuk mengumpulkan maklumat tentang tingkah laku pengguna dan interaksi dengan Aplikasi dan Perkhidmatan kami, contohnya ciri yang paling kerap digunakan. Pemprosesan Data Peribadi yang dikumpulkan melalui alat-alat ini adalah berdasarkan persetujuan pengguna. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa yang akan berkuat kuasa untuk masa depan. Sila lihat Seksyen 9 di bawah untuk maklumat lanjut tentang cara melaksanakan hak anda.

      Aplikasi kami menggunakan kuki berikut:

      Nama Tempoh Tujuan Jenis
      apiDomain_<apiKey> 15 Tahun Panggilan API domain kongsi untuk semua laman dalam kumpulan yang mana ia harus dihantar. Pihak Ketiga
      _gig_llu 15 Tahun Nama pengguna penyedia log masuk terakhir untuk skrin Log masuk "Selamat kembali". Pihak Pertama
      _gig_llp 15 Tahun Nama penyedia log masuk terakhir untuk skrin Log masuk "Selamat kembali". Pihak Pertama
      _gig_lt / glt_<APIKey> selama-lamanya Token Log Masuk untuk pengesahan. Pihak Pertama
      gig_hasGmid 15 Tahun Kuki dalaman untuk Web SDK Pihak Ketiga
      hasGmid 13 Bulan Kuki dalaman untuk Web SDK Pihak Ketiga
      Gst 30 minit Tiket pelayan untuk fasa ke-2 log masuk. Pihak Pertama
      UCID 13 Bulan Pengecam komputer unik yang digunakan untuk menjana laporan, dan digunakan oleh Web SDK untuk mendapatkan respons yang disimpan. Pihak Ketiga
      GLNK -1 Hari(Tamat Tiket untuk fasa kedua log masuk. Pihak Ketiga
      gmid 10+ Tahun Kuki pengguna. Pihak Ketiga
      GSLM_<SiteID> NA Kuki sihir sesi. Pihak Ketiga
      gig3pc 48 jam Mengingati sama ada kuki pihak ketiga disekat untuk mengelakkan pemeriksaan setiap kali. Pihak Pertama
      gig3pctest 1 saat Kuki sementara yang digunakan untuk memeriksa sama ada kuki pihak ketiga disekat. Pihak Pertama
      gig_debug 2 saat Digunakan untuk mencetuskan UI debug. Pihak Pertama
      _gig_dbgConsole_log 3 saat Digunakan untuk mencetuskan penglogan untuk penyahpepijatan. Pihak Pertama
      _gig_APIProxy_enabled selama-lamanya Digunakan untuk menunjukkan sama ada menggunakan APIProxy atau tidak. Pihak Pertama
      gac_<APIKey> selama-lamanya Digunakan untuk mecetuskan log masuk yang dimulakan oleh pelayan. Pihak Pertama
      gltexp_<apikey> Dinamik Tamat Tempoh Token Log Masuk. Pihak Pertama
      _gig_<id>_cb 10 tahun Panggil balik (‘callback’) untuk pendengar. Pihak Pertama
      UA_<apikey> 24 jam COPPA (di bawah umur). Pihak Pertama
      _gig_ssoToken Dinamik Token SSO. Pihak Ketiga
      __gigAPIAdapterSettings_<apikey>_<build> selama-lamanya Tetapan WebSDK. Pihak Pertama
      gmid selama-lamanya Kuki pengguna. Pihak Ketiga
      UCID selama-lamanya Pengecam komputer unik untuk tujuan pelaporan pengguna yang unik. Pihak Ketiga
      _gig_ssoToken_<apikey> dinamik Token SSO oleh API. Pihak Ketiga
      _gig_gmidt 30min Kuki pengguna. Pihak Ketiga
      gig_canary 1 tahun(hanya aktif ~3 hari) Menunjukkan sama ada pelanggan menggunakan versi kanari WebSDK. Pihak Pertama
      gig_canary_ver 1 tahun(hanya aktif ~3 hari) Nama versi versi kanari WebSDK. Pihak Pertama

      Pada masa ini, Aplikasi tidak bertindak balas terhadap isyarat "jangan menjejaki" (“do not track”) yang dihantar oleh pelayar Internet.

  • 5. Tujuan dan asas undang-undang

      Kami memproses Data Peribadi anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan, eksplisit dan sah dan dengan syarat bahawa kami mempunyai asas undang-undang. Data Peribadi anda tidak akan diproses untuk apa-apa tujuan selain daripada tujuan asal Data Peribadi tersebut dikumpulkan, melainkan tujuan baru tersebut serasi dengan tujuan yang awal atau sekiranya anda memberi kami persetujuan anda.

      Kami telah merumuskan tujuan kami memproses Data Peribadi anda dan asas undang-undang yang kami gunakan untuk pemprosesan dalam senarai di bawah::

      • Pengenalpastian pengguna (terpakai untuk semua Aplikasi):

        Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda semasa mendaftar dan log masuk ke Aplikasi kami.

        Pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan ini adalah perlu untuk pelaksanaan kontrak yang dibuat dengan anda untuk penggunaan Aplikasi, lihat Art. 6 (1)(b) General Data Protection Regulation ("GDPR").

      • Penggunaan Aplikasi (untuk setiap aplikasi lihat maklumat yang berkenaan di bawah):

      • (a) E-TUBE PROJECT

        E-TUBE PROJECT menawarkan anda pilihan untuk menggunakan aplikasi tanpa melog masuk. Sekiranya menggunakan aplikasi dengan log masuk pengguna, aplikasi beroperasi berdasarkan profil pengguna yang telah anda cipta. Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk mengurus maklumat basikal anda yang dikaitkan dengan akaun pengguna anda. Matlamat kami adalah untuk menawarkan anda pengalaman yang lancar dengan membolehkan anda mengakses data anda dari mana-mana tempat dan apa-apa peranti. Kami mendasarkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan di atas mengenai pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak dalam kontrak tersebut, lihat Art. 6 (1)(b) GDPR.

        Apabila mengkonfigurasi profil pengguna anda, anda boleh memilih untuk menghantarkan lebih banyak maklumat daripada yang benar-benar diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Penyediaan maklumat pilihan untuk melengkapkan profil pengguna anda membolehkan anda mendapat manfaat daripada pengalaman yang lebih diperibadikan di Aplikasi kami.

        Kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses apa-apa Data Peribadi yang anda pilih secara bebas untuk memberi kepada kami, lihat Art. 6 (1)(a) GDPR. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, sebagai contoh, dengan mengemas kini profil pengguna anda, kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda untuk tujuan ini.

        (b) E-TUBE RIDE

        E-TUBE RIDE menawarkan pilihan kepada anda untuk menggunakan aplikasi tanpa melog masuk. Sekiranya menggunakan aplikasi dengan pendaftaran pengguna, aplikasi beroperasi berdasarkan profil pengguna yang telah anda cipta. Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk mengurus maklumat basikal anda dan log tunggangan yang dikaitkan dengan akaun pengguna. Matlamat kami adalah untuk menawarkan anda pengalaman yang lancar dengan membolehkan anda mengakses data anda dari mana-mana tempat dan apa-apa peranti. Kami mendasarkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan di atas mengenai pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak dalam kontrak tersebut, lihat Art. 6 (1)(b) GDPR.

        Apabila mengkonfigurasi profil pengguna anda, anda boleh memilih untuk menghantar lebih maklumat daripada yang benar-benar diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda. Ini termasuk data berkaitan kesihatan (maklumat kadar denyutan jantung dan berat badan). Pemberian maklumat pilihan untuk melengkapkan profil pengguna anda membolehkan anda mendapat manfaat daripada pengalaman yang lebih diperibadikan pada Aplikasi kami.

        Kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses apa-apa Data Peribadi yang anda pilih secara bebas untuk memberikan kepada kami, lihat Art. 6 (1)(a) GDPR. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, sebagai contoh, dengan mengemas kini profil pengguna anda, kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda untuk tujuan ini.

      • Komunikasi dengan anda (terpakai untuk semua Aplikasi):

        Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk menghubungi anda (i) untuk memberi anda maklumat mengenai Aplikasi dan kefungsian mereka untuk tujuan menyediakan Perkhidmatan kepada anda, (ii) untuk menghantar maklumat kepada anda tentang produk dan/atau perkhidmatan yang serupa, (iii) atas permintaan atau persetujuan anda (cth, untuk mendapatkan maklum balas daripada anda untuk menambahbaik produk, perkhidmatan dan/atau pemasaran kami).

        Kami mendasarkan pemprosesan Data Peribadi anda atas persetujuan anda, serta pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak dalam kontrak tersebut dan kepentingan sah kami untuk memberikan khidmat pelanggan, dan untuk memberi anda maklumat produk dan/atau perkhidmatan, lihat Art. 6 (1)(a), (b) dan (f) GDPR.

      • Pembangunan produk (terpakai untuk semua Aplikasi):

        Kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan peningkatan kualiti, contohnya untuk mengesan dan menganalisis masalah dalam produk kami, untuk menjalankan penyelenggaraan secara ramalan dan mengira masa penggantian produk yang diperlukan, untuk memperkenalkan produk baru dan menguji keserasian mereka, dan lain-lain.

        Kami mendasarkan pemprosesan Data Peribadi anda pada kepentingan sah kami untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami, untuk penyelidikan pembangunan produk dan untuk berkembang sebagai perniagaan, lihat Art. 6 (1)(f) GDPR.

      • Pengukuran pengguna Aplikasi dan analisis penggunaan (terpakai untuk semua Aplikasi):

        Kami menganalisis prestasi kandungan Aplikasi dan Perkhidmatan kami untuk memahami cara pengguna berinteraksi dengan Aplikasi dan Perkhidmatan dan memperbaikkannya dengan sewajarnya.

        Kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda untuk tujuan ini, lihat Art. 6 (1)(a) GDPR. Sekiranya anda menarik balik persetujuan anda, kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda untuk tujuan ini.

      • Mengesan dan mengelakkan penyalahgunaan Aplikasi (terpakai untuk semua Aplikasi):

        Kami menganalisis data teknikal yang dikumpulkan melalui Aplikasi untuk mengesan dan mengelakkan penyalahgunaannya, contohnya, dengan melanggar terma penggunaan perjanjian lesen perisian.

        Kami mendasarkan pemprosesan Data Peribadi anda mengenai pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak dalam kontrak tersebut, serta kepentingan sah kami dalam mendakwa sebarang penyalahgunaan Aplikasi yang boleh menjejaskan kami dan boleh membawa akibat undang-undang, lihat Art. 6 (1)(b) dan (f) GDPR.

      Di mana tujuan di atas memerlukan atau melibatkan pemprosesan Data Sensitif, kami akan meminta persetujuan nyata anda, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, lihat Art. 9 (2)(a) GDPR.

  • 6. Penerima Data Peribadi

      Kami berkongsi Data Peribadi anda dengan penerima berikut:

      • Syarikat kumpulan lain dan pengedar. Disebabkan jejak antarabangsa perniagaan kami, syarikat kumpulan kami bekerjasama dengan rapat. Supaya dapat berbuat demikian, kami berkongsi data, termasuk Data Peribadi, dalam kumpulan. Ini bermakna Data Peribadi anda dikongsi dengan syarikat kumpulan lain dan pengedar. Anda boleh mendapatkan senarai semua syarikat kumpulan dan pengedar yang kami berkongsi Data Peribadi anda seperti yang dilampirkan.
      • Pembekal perkhidmatan yang bertindak bagi pihak kami. Kami melibatkan pembekal perkhidmatan untuk membantu kami dalam perniagaan harian kami seperti pembekal penyelenggaraan dan sokongan IT, pembekal pelayan web. Semua pembekal perkhidmatan dikehendaki secara sah dan kontrak untuk menghormati dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Pembekal perkhidmatan kami termasuk:
        • Amazon Web Service, Inc., 410 Terry Avenue North, Seattle, WA 98109-5210, Amerika Syarikat (pembekal perkhidmatan awan yang bertindak sebagai sub-pemproses) (“AWS”); dan
        • SAP, Dietmar-Hopp-Allee 16, 69190 Walldorf, Jerman (pemproses data; pembekal perkhidmatan hubungan pelanggan dan pengurusan identiti);
      • Kepada pengguna aplikasi lain, jika anda telah memberi kami persetujuan anda untuk berbuat demikian.

      Pemindahan Data Peribadi anda kepada penerima yang berada di negara ketiga di luar Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") adalah tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan dalam Seksyen 7 di bawah ("pemindahan data antarabangsa").

  • 7. Pemindahan data antarabangsa

      Semua data yang dikumpul melalui Aplikasi akan disimpan secara berpusat di rantau Kesatuan Eropah ("EU”) pada pelayan yang disediakan oleh AWS. Sebagai pengawal data (bersama), SIC mempunyai akses kepada pangkalan data tersebut. Oleh itu, Data Peribadi anda akan dipindahkan dan/atau didedahkan kepada penerima yang berada di luar EEA di Jepun yang telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Eropah dalam keputusan kecukupannya (‘adequacy decision’) (‘Commission Implementing Decision 2019/419 of 23 January 2019’) bahawa tahap perlindungan data adalah mencukupi. AWS berada di Amerika Syarikat. Keputusan kecukupan oleh Suruhanjaya EU tidak wujud untuk Amerika Syarikat. Pemindahan data ke AWS tertakluk kepada klausa-klausa kontrak standard untuk pemindahan data peribadi kepada pemproses yang ditubuhkan di negara ketiga. Sesalinan klausa tersebut boleh diminta daripada pegawai pemprosesan data.

  • 8. Tempoh penyimpanan

      Kami tidak akan memproses Data Peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk tujuan asal Data Peribadi tersebut dikumpulkan.

      Tertakluk kepada tempoh penyimpanan berkanun, kami akan memadamkan Data Peribadi anda:

      • sekiranya profil pengguna anda tidak aktif selama 5 tahun; dan/atau
      • apabila anda memadamkan profil pengguna anda
  • 9. Hak anda

      Di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, anda mempunyai hak-hak tertentu berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami:

      • Hak akses kepada Data Peribadi anda ;
      • Hak untuk membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap;
      • Hak untuk memadam Data Peribadi anda ;
      • Hak untuk menyekat pemprosesan;
      • Hak untuk kemudahalihan data, apabila pemprosesan Data Peribadi anda adalah berdasarkan persetujuan anda atau berdasarkan kontrak, dan pemprosesan dijalankan dengan cara automatik ;
      • Hak untuk menarik balik persetujuan yang berkuat kuasa pada masa depan;
      • Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan; dan
      • Hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda atas alasan yang berkaitan dengan keadaan tertentu anda, dan hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

      Penduduk Amerika Syarikat juga boleh menghubungi kami untuk merayu apa-apa keputusan yang kami buat berkaitan dengan permintaan untuk melaksanakan hak anda. Untuk membuat rayuan ke atas suatu keputusan, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan di atas.

  • 10. Perjanjian pengawalan bersama

      SIC, SSJ, SNAH dan SEU bersama-sama menentukan tujuan dan cara pemprosesan Data Peribadi anda berkaitan dengan Aplikasi seperti yang diterangkan dalam Seksyen 2 di atas. Akibatnya, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, SIC, SSJ, SNAH dan SEU telah memeterai perjanjian pengawalan bersama untuk data peribadi pengguna yang terletak di EEA menurut Art. 26 GDPR. SIC, SSJ, SNAH dan SEU akan menyelaras dan bekerjasama antara satu sama lain untuk mematuhi kewajipan perlindungan data mereka, untuk mematuhi hak anda dan memproses permintaan anda dan membalas mana-mana pertanyaan anda.

      SEU ialah orang hubungan yang ditetapkan untuk pengguna Aplikasi yang meminta untuk melaksanakan hak mereka di bawah Seksyen 9 di atas. Jika anda ingin berbuat demikian, atau sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai hak tersebut, sila hubungi SEU melalui telefon di +31-40-2612222 atau melalui e-mel di privacy@shimano-eu.com. Di samping itu, jika anda berada di EU, sila ambil perhatian bahawa sebagai tambahan kepada orang hubungan anda yang ditetapkan, anda juga boleh menghubungi SIC, SNAH dan SSJ untuk melaksanakan hak anda.

  • 11. Keselamatan data

      Kami telah melaksanakan amalan standard industri secara dalaman dan dengan penyedia perkhidmatan kami untuk mengekalkan keselamatan Data Peribadi anda bergantung pada sensitiviti data tersebut dan untuk mengelakkan pendedahan Data Peribadi tersebut yang tidak dibenarkan di bawah Notis ini.

  • 12. Pautan dan laman web pihak ketiga

      Perkhidmatan kami menawarkan anda kemungkinan untuk mengakses kandungan pihak ketiga, seperti laman web, aplikasi dan perkhidmatan dalam talian. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pemprosesan data pihak ketiga tersebut. Kami menggalakkan anda untuk membaca notis perlindungan data mana-mana laman web, aplikasi atau perkhidmatan dalam talian pihak ketiga yang anda sambungkan.

  • 13. Kanak-kanak

      Kami tidak memproses Data Peribadi individu di bawah umur 16 tahun dengan sengaja tanpa persetujuan ibu bapa atau penjaga. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dan anda percaya bahawa kami telah memproses Data Peribadi tentang kanak-kanak tersebut, sila hubungi DPO kami menggunakan butiran hubungan yang diterangkan di atas dalam Seksyen 3.

  • 14. Lain-lain

      Notis ini mungkin disemak semula dari semasa ke semasa untuk mencerminkan dan mematuhi perubahan dalam undang-undang yang terpakai. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang kemas kini dengan cara yang sesuai, contohnya melalui e-mel atau mesej dalam Aplikasi. Tarikh kemas kini terakhir tersedia di bahagian atas Notis ini.

      Lampiran

      Andorra

        SHIMANO IBERIA, S.L.

        Avenida Doctor Severo Ochoa 34, 28100 Alcobendas, Madrid, Sepanyol

        Telefon: +34 91 902 25 86

        E-mel: info.iberia@shimano-eu.com

      Argentina

        SHIMANO ARGENTINA SAU

        ESTADOS UNIDOS 20 PISO 5 CABA, C1101AAB Argentina

        TEL: 0800-345-2423

      Australia

        SHIMANO AUSTRALIA CYCLING PTY. LTD. 2 Wurrook Circuit, Caringbah, NSW, 2229, Australia Tel.: +61-2-9526-7799

        Faks.: +61-2-9526-7622

        Web:https://bike.shimano.com/en-AU/home.html

      Austria

        Thalinger Lange GmbH

        Schubertstraße 12

        A-4600 Wels, Austria

        Tel.: +43 7242 497 - 0

        Faks: +43 7242 497 - 248

        E-mel: mail@thalinger-lange.com

        Web: www.thalinger-lange.com

      Belgium

        Shimano Belgium N.V.

        Zandvoortstraat 21, 2800 Mechelen, Belgium

        Telefon: +32-15-209480 / Faks: +32-15-209410

      Bosnia dan Herzegovina

        SBM-EUROTRADE TRGOVINA DOO

        Istocna Obilaznica 4, 37000 Krusevac

        Telefon: +381 37 310 1669

        E-mel: info@sbm-eurotrade.com

      Brazil

        Shimano Latin America

        Alameda Santos, 415 – 6º andar – Cj 61

        Cerqueira César, São Paulo - SP, 01419-000

        Brazil

        E-mel: contato@shimano.com.br

      Bulgaria

        BG-Eurotrade Ltd.

        Iztochna Tangenta Str., Nr. 102

        District Slatina, 1592 Sofia

        Bulgaria

        Telefon: (+3592) 418 3615

        Faks:(+3592) 4167690

      Kanada

        SHIMANO CANADA LTD.427 Pido Road Peterborough, Ontario K9J 6X7 Kanada Tel.: +1-705-745-3232

        Faks.: +1-705-745-1949

      Chile

        Andes Industrial Ltda

        Santa Elena #1511 – Santiago

        Santiago, 8360349

        Telefon: (+56) 2 2650-3100

      Colombia

        HA Bicicletas S.A

        Calle 14 Nº 52 A - 187

        Medellin, 050023

        Telefon: (+57) 4 285-5040

        E-mel: servicioalcliente@habicicletas.com

      Costa Rica

        Ciclo San Nicolas S.A.

        Av. 10 entre calles 4 y 6 o de la Bomba la Castellana

        125 mts Este - San José, 10103

        Telefon: (+506) 2521-6090

        E-mel: info@ciclosannicolas.com

      Croatia

        CS-Eurotrade d.o.o.

        CKZ 135

        8270 Krsko

        Slovenia

        Telefon: 386-7-4902500

        Faks: 386-7-4902549

      Cyprus

        Eurotrade Ltd.

        Ag. Vassilios

        26504 Patras

        Yunani

        Telefon: +30 2610 911 4 50

        E-mel: info@eurotrade.com.gr

        URL: www.bikesworld.gr

      Republik Czech

        Paul Lange Ostrava s.r.o.

        Sabinova 2

        CZ-72100 Ostrava-Svinov, Republik Czech

        Tel.: +420 596 634 608

        Faks: +420 596 780-995

        E-mel: info@paul-lange.cz

        Web: www.paul-lange.cz

      Denmark

        Shimano Nordic Denmark

        Forbindelsesvej 4

        2100 København Ø

        Denmark

        Telefon: +4569911660

        E-mel: infodk@shimano-eu.com

        URL: www.shimano-nordic.dk

      Estonia

        Shimano Polska Sp. z.o.o.

        Ul. Gutenberga 9

        62-023 Żerniki

        Poland

        Telefon:+48 61-62 52 100 / 106

        E-mel: infopoland@shimano-eu.com

        URL: www.shimano-polska.com

      Finland

        Shimano Nordic OY

        Teknobulevardi 3-5, 01530 Vantaa, Finland

        Telefon: +35-8201-550800 / Faks: +35-8201-55080

      Perancis

        Shimano France S.A.S..

        Zone Actiparc, 777 Rue Commios, 62223 St.-Laurent-Blangy Cedex, Perancis

        Telefon: +33-321-732525

      Jerman

        Paul Lange & Co. OHG

        Hofener Straße 114

        D-70372 Stuttgart

        Jerman

        Tel.: +49 711 2588 - 02

        Faks: +49 711 2588 - 305

        E-mel: info@paul-lange.de

        Web: www.paul-lange.de

      Yunani

        Eurotrade Ltd.

        Ag. Vassilios

        26504 Patras

        Yunani

        Telefon: +30 2610 911 450

        E-mel: info@eurotrade.com.gr

        URL: www.bikesworld.gr

      Guatemala

        Bicimania

        Calzada la paz 18-40 zona 5 ofibodegas centro 5

        bodega 123 Bicimania.

        Telefon: (+502) 23367763

      Hungary

        Paul Lange Hungary Kft.

        Központi út 28-32

        H-1211 Budapest, Hungary

        Tel.: +36 (1) 445-0371

        Faks: +36 (1) 445-0676

        E-mel: info@paul-lange.hu

        Web: www.paul-lange.hu

      Iceland

        Shimano Nordic AB

        Edsbrogatan 1F

        752 28 Uppsala

        Sweden

        Telefon: +46-18-56-16-00

        Faks: +46-18-50-03-95

        E-mel: infose@shimano-eu.com

        URL: www.shimano-nordic.com

      India

        Shimano South Asia Pvt. Ltd.

        No. 19, Kumarakrupa Road, Bangalore, Bangalore, Karnataka, India, 560001

        Telefon: +91-80-4125-3331

        E-mel: sales@ssa.shimano.com.sg

      Indonesia

        PT. Rodalink Indo Tama

        Jl. Jawa No. 393, Desa Wadungasih, Kec. Buduran, Kab. Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia

        Telefon: +62 31 8963951

        E-mel: shimano.cvr@prolind-group.com

      Ireland

        Madison

        Roebuck Way, Knowlhill, Milton Keynes, Buckinghamshire, MK5 8HL, United Kingdom

        Telefon: +44 (0)1908 326032

        Faks: 0800 1300 599

        URL: www.madison.co.uk

      Israel

        DAA SPORT & TECHNOLOGY LTD

        Ci’im Industrial Park, Building D7, Poleg Industrial Area, Netanya 4250501, Israel

        Telefon:+972-(0)9-865-6960

        E-mel: info@daa.co.il

      Itali

        Shimano Italy Bicycle Components SRL.

        Strada Statale del Sempione 197, 20016 Pero - Milano (IT), Itali

        Telefon: +39 02 38592097 / Faks: +39-0331-936955

      Japan

        シマノセールス株式会社(大阪府堺市)

        〒592-8331 堺市西区築港新町1-5-15

        (代表) Telefon: 072-243-2820 / Faks: 072-243-2830

      Latvia

        Shimano Polska Sp. z o.o.

        Ul. Gutenberga 9

        62-023 Żerniki

        Poland

        Telefon: +48 61-62 52 100 / 106

        E-mel: infopoland@shimano-eu.com

        URL: www.shimano-polska.com

      Lithuania

        Shimano Polska Sp. z o.o.

        Ul. Gutenberga 9

        62-023 Żerniki

        Poland

        Telefon: +48 61-62 52 100 / 106

        E-mel: infopoland@shimano-eu.com

        URL: www.shimano-polska.com

      Luxembourg

        Shimano Belgium N.V.

        Zandvoortstraat 21, 2800 Mechelen, Belgium

        Telefon: +32-15-209480 / Faks: +32-15-209410

      Malaysia

        Bike Science Sdn Bhd

        No. 29 & 31, Jalan TPP 5/17,Taman Perindustrian Puchong, section 5, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

        Telefon: +603-8061-0222

        Faks: +603-8062-4855

        E-mel: lerun@lerun.com.my

      Malta

        Shimano Italy Bicycle component SRL

        Strada Statale del Sempione 197, 20016 Pero - Milano (IT), Italy

        Telefon: +39 02 38592097

        Faks: +39 0331 936955

        E-mel: bikeinfo.shimanoitaly@shimano-eu.com

      Mexico

        Shimano Latin America

        Alameda Santos, 415 – 6º andar – Cj 61

        Cerqueira César, São Paulo - SP, 01419-000

        Brazil

        E-mel: contato@shimano.com.br

      Monaco

        SHIMANO FRANCE S.A.S.

        Zone Actiparc, 777 Rue Commios, 62223 St.-Laurent-Blangy Cedex, France

        Telefon: +33 (0)321 732525

        E-mel: contact-france@shimano-eu.com

      Belanda

        Shimano Benelux B.V.

        Industrieweg 24, 8071 CT Nunspeet, Belanda

        Telefon: +31 341 272 222/ Faks: +31-341-272291

      New Zealand

        SHIMANO NEW ZEALAND LIMITED79 Apollo Drive, Albany, North Shore City 0632 Auckland, New ZealandTel.: +64-9-478-1969

        Faks.: +64-9-479-6288

        Web:https://bike.shimano.com/en-NZ/home.html

      Norway

        Shimano Nordic AS

        Vakåsveien 7, 1395 Hvalstad, Norway

        Telefon: +47-66-77-80-10 / Faks: +47-66-77-80-11

      Panama

        Comercial Rali, S.A.

        Av. Balvoa, Edficio Sky Business, Planta Baja

        Republica de Panamá, 080807

        Telefon: (+507) 223-8054

        E-mel: info@ralistoreonline.com

      Filipina

        Neo Zigma Cycle Corporation

        39 Kapiligan Street, Brgy. Dona Imelda, Quezon City, Filipina

        E-mel: inquiry@zigma-sales.com

      Poland

        Shimano Polska Sp. z.o.o

        Ul. Jana Gutenberga, 62-023 Żerniki, Poland

        Telefon: +48-61-62-52-100

      Portugal

        Sociedade Comercial do Vouga Lda.

        Rua da Fonte Nova, 1840 Variante Recardães Barrô 1840

        3750-720 Recardães

        Portugal

        Telefon: +351 234 601500

        Faks: +351 234 601159

        E-mel: geral@scvouga.pt

      Romania

        ROM-Eurotrade S.R.L

        Bucharest west Industrial park

        Equest logistic Center

        Strada DE 287/1, Building E2, Unit A1-A2

        077096, Judetul Ilfov

        Romania

        Telefon: +40.21.350.5624

        Faks: +40.21.350.5457

        E-mel: info@rom-eurotrade.ro

      Singapura

        SHIMANO (SINGAPORE) PTE. LTD.

        11 Bulim Walk, Singapore 648105

        Telefon: +65-6265-4777

        Faks: +65-6265-1575

        E-mel: sales@shimano.com.sg

      Slovakia

        Paul Lange Oslany s.r.o.

        Mierová 854/37

        SK-97247 Oslany, Slovakia

        Tel.: +421 465 492 344

        Faks: +421 465 491 056

        E-mel: office@paul-lange-oslany.sk

        Web: www.paul-lange.sk

      Slovenia

        CS-Eurotrade d.o.o.

        CKZ 135

        8270 Krsko

        Slovenia

        Telefon: 386-7-4902500

        Faks: 386-7-4902549

        E-mel: info@cs-eurotrade.com

      Republik Afrika Selatan

        COOLHEAT CYCLE AGENCIES (PTY) LTD.

        57 Lake Road Longmeadow Business, Estate North extension no.7 Edenvale, 1609, P.O.Box 2984, Edenvale, 1610

        Telefon: +27 (0) 11 608 2003

      Korea Selatan

        NANUX NETWORKS INC.

        33-4, Tekeunobaelli-ro, Jillye-myeo

        50875 Gimhae-si,Gyeongsangnam-d

        Korea Selatan

        E-mel: mhkim@nanux.net

      Sepanyol

        SHIMANO IBERIA, S.L.

        Avenida Doctor Severo Ochoa 34, 28100 Alcobendas, Madrid, Sepanyol

        Tel: +34 91 902 25 86

      Sweden

        Shimano Nordic AB

        Edsbrogatan 1F, 75228 Uppsala, Sweden

        Telefon: +46-18-56-16-00 / Faks: +46-18-50-03-95

      Switzerland

        FUCHS-MOVESA AGHübelacherstrasse 7, CH-5242 Lupfig, Switzerland Tel.: +41 56 464 46 46

        E-mel: info@fuchs-movesa.ch

        Web:http://www.fuchs-movesa.ch/

      Taiwan

        SHIMANO (TAIWAN) CO.,LTD.

        4F-3, Grand Asia Plaza, 138 Zhongming S.Road, Taichung, 40361 Taiwan

        Telefon: +886-4-2319-5318 / Faks: +886-4-2319-4020


        Sunstar Taiwan Ent. Co., LTD

        39-1, 37th Road, Taichung Industrial Park, Taichung, Taiwan

        Telefon: +886-4-2359-6199

      Thailand

        Hah Hong Co., Ltd

        1 Yukol 2 Rd, Wat Thepsirin, Pom Prap Sattru Phai, Bangkok 10100

        E-mel: sales@hahhong.com

      Turki

        SHIMANO BISIKLET PARCA VE EKIPMANLARI SATIS SERVIS TICARET ANONIM SIRKETI

        Şair Eşref Bulv. ĺsmet Kaptan Mah. Osman Şahin ĺş Mrk. No:4 K:7 D.:71, Çankaya - Konak / Izmir, Turki 35210

        Telefon: +90 232 402 93 93

        Faks: +90 232 484 07 40

        E-mel: infosbtk@shimano-eu.com

      United Kingdom

        Madison

        Roebuck Way, Knowlhill, Milton Keynes, Buckinghamshire, MK5 8HL, United Kingdom

        Telefon: +44 (0)1908 326000

        Faks: 0800 1300 599

        URL: www.madison.co.uk

      Amerika Syarikat

        Shimano North America Bicycle, Inc.

        One Holland, Irvine, California 92618 Amerika Syarikat

        Telefon: +1-949-951-5003 / Faks: +1-949-768-0920

      Uruguay

        Villa Agreste SA

        Juan Benito Blanco 975

        Montevideo - 11113

        Telefon: +598 27091549

        E-mel: montevideo@global-cycle.com

      Venezuela

        Invebica C.A.

        Av.64 N° L-8 (Zona Industrial Castillito)

        San Diego - Carabobo

        Venezuela

        Telefon: +58-2418716105

        E-mel: ventas@kamikaze.com.ve


      Pendedahan Tambahan untuk Pengguna California

      Pendedahan ini menerangkan cara kami mengumpul, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi pengguna California dalam konteks Aplikasi dan Perkhidmatan kami (seperti yang ditakrifkan di atas), serta hak yang mungkin anda miliki di bawah undang-undang California. Pendedahan ini bertujuan untuk menjadi tambahan kepada Notis Perlindungan Data dengan maklumat yang diperlukan oleh undang-undang California.

      Data Peribadi yang Kami Kumpulkan

      Undang-undang California menghendaki kami menerangkan Data Peribadi yang kami kumpulkan mengenai pengguna California, termasuk dengan mengenal pasti kategori data tertentu. Kami mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada pengguna, secara automatik apabila pengguna menggunakan Aplikasi dan Perkhidmatan kami, dan daripada sumber lain (seperti daripada rangkaian sosial, apabila anda menggunakan akaun media sosial untuk mendaftar ke ID SHIMANO). Seperti yang kami terangkan dengan lebih terperinci di atas dalam bahagian "Maklumat yang Kami Kumpulkan" dalam Notis ini, kami telah mengumpulkan kategori Data Peribadi berikut dalam tempoh 12 bulan yang lalu dalam konteks setiap Aplikasi:

      • E-TUBE PROJECT
        • Pengecam (cth., nama pengguna dan kata laluan log masuk, alamat rumah, alamat e-mel, alamat IP, ID peranti unik (seperti Instance ID, IDFV, Firebase ID))
        • Demografi (cth., jantina, tarikh lahir)
        • Maklumat Komersial (cth., maklumat basikal seperti nama panggilan, maklumat komponen (nama produk, nombor gigi gear, nombor siri, versi perisian tegar, log unit, kunci pas nama komponen, dan Pengecam Unik Universal (‘Universally Unique Identifier‘) bagi unit tanpa wayar))
        • Aktiviti Internet (cth., maklumat log penggunaan aplikasi (log pemulihan ralat dan ranap, cap tarikh/masa, data aliran klik))
        • Data Sensitif (cth, data geolokasi tepat)
      • E-TUBE RIDE
        • Pengecam (cth., nama pengguna dan kata laluan log masuk, alamat rumah, alamat e-mel, alamat IP, ID peranti unik (seperti Instance ID, IDFV))
        • Demografi (cth., jantina, tarikh lahir)
        • Maklumat Komersial (cth., maklumat basikal seperti nama panggilan, maklumat komponen (nombor siri, nama dan Pengecam Unik Universal (‘Universally Unique Identifier‘) bagi unit tanpa wayar))
        • Maklumat biometrik (cth, maklumat log tunggangan basikal seperti kadens mengayuh)
        • Aktiviti Internet (cth., log tunggangan basikal (masa, jarak, kelajuan, kedudukan gear, mod bantuan, log ralat), maklumat log penggunaan aplikasi (log ralat dan pemulihan ranap, cap tarikh/masa, data aliran klik))
        • Data Sensitif (contohnya, data kesihatan seperti data kadar denyutan jantung dan berat badan; geolokasi tepat)

      Untuk maklumat mengenai tujuan perniagaan atau komersial kami dalam mengumpul, atau yang mungkin berkongsi, Data Peribadi anda, sila rujuk bahagian "Tujuan dan Asas Undang-Undang" dalam Notis di atas.

      Bagaimana Kami Mendedahkan Data Peribadi

      Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang diterangkan dalam bahagian "Penerima Data Peribadi" dalam Notis di atas. Kami tidak "menjual" atau "berkongsi" Data Peribadi kerana istilah tersebut ditakrifkan di bawah undang-undang California. Undang-undang California juga menghendaki kami memberi anda maklumat mengenai pendedahan Data Peribadi tertentu kepada pihak ketiga, di mana pendedahan tersebut dibuat untuk "tujuan perniagaan", seperti pendedahan kepada pembekal perkhidmatan. Kami mendedahkan jenis Data Peribadi berikut untuk tujuan perniagaan kami:

      Kategori Peribadi Data Penerima
      Pengecam

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Pembekal pelayan web

      Data kesihatan

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Demografi

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Pembekal pelayan web

      Maklumat Komersial

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Maklumat Biometrik

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Aktiviti Internet

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT

      Data Lokasi

      Syarikat kumpulan lain dan pengedar

      Pembekal sokongan dan penyelenggaraan IT


      Hak California

      Undang-undang California memberikan hak tertentu kepada pengguna California. Ini termasuk hak untuk:

      • Mengakses cebisan Data Peribadi tertentu ("Hak untuk Mengakses")
      • Mengetahui cara kami memproses dan berkongsi Data Peribadi ("Hak Untuk Mengetahui")
      • Membetulkan Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap ("Hak untuk Membetulkan")
      • Meminta pemadaman Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda ("Hak untuk Meminta Pemadaman")
      • Menarik diri daripada "jualan" dan "perkongsian" Data Peribadi, seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang California
      • Mengehadkan penggunaan dan pendedahan Data Peribadi tertentu yang dianggap sebagai maklumat peribadi sensitif di bawah undang-undang California
      • Tidak dinafikan barang atau perkhidmatan disebabkan pelaksanaan hak-hak ini

      Untuk melaksanakan Hak untuk Mengakses, Hak untuk Mengetahui, Hak untuk Membetulkan atau Hak untuk Meminta Pemadaman: sila hubungi kami di privacy@shimano-eu.com atau +1-800-423-2420. Hanya anda atau orang yang anda beri kuasa untuk bertindak bagi pihak anda boleh membuat permintaan yang berkaitan dengan Data Peribadi anda. Permintaan untuk melaksanakan mana-mana hak ini mesti (1) memberikan maklumat yang mencukupi yang membolehkan kami mengesahkan secara munasabah bahawa anda adalah orang yang kami kumpulkan Data Peribadi (atau wakil yang diberi kuasa oleh orang tersebut); dan (2) menerangkan permintaan anda dengan butiran yang mencukupi yang membolehkan kami memahami, menilai, dan membalas permintaan anda. Kami akan mengesahkan identiti anda dengan menghantar e-mel ke alamat e-mel berdaftar anda dan mengesahkan balasan daripada alamat e-mel anda. Dalam kes-kes tertentu, kami mungkin perlu meminta maklumat lanjut. Kami mungkin tidak dapat membalas permintaan anda atau memberi anda maklumat yang anda minta jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda (atau mengesahkan kuasa ejen yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak anda). Ejen yang diberi kuasa yang ingin melaksanakan hak bagi pihak pengguna California harus mengemukakan permintaan kepada privacy@shimano-eu.com bersama dengan sesalinan kebenaran yang ditandatangani oleh pengguna tersebut, yang menetapkan anda sebagai ejen mereka. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan SHIMANO, walaupun anda boleh menghubungi kami di privacy@shimano-eu.com dengan soalan atau kebimbangan, kami mungkin tidak dapat memberi balasan kepada permintaan untuk melaksanakan hak anda di bawah undang-undang California, termasuk hak untuk mengetahui atau memadam Data Peribadi anda. Oleh sebab kami hanya mengumpulkan data terhad tentang individu tanpa akaun, kami tidak dapat mengesahkan permintaan daripada individu yang bukan pemegang akaun selaras dengan standard yang diperlukankan oleh undang-undang California.

      Selain itu, di bawah California Civil Code Seksyen 1798.83, penduduk California mempunyai hak untuk meminta secara bertulis daripada perniagaan yang mereka mempunyai hubungan perniagaan yang mantap, (a) senarai kategori data peribadi yang telah didedahkan oleh perniagaan kepada pihak ketiga pada tahun kalendar sebelumnya untuk tujuan pemasaran langsung pihak ketiga dan (b) nama dan alamat pihak ketiga tersebut. Untuk melaksanakan hak ini, sila hubungi kami di privacy@shimano-eu.com.

      Hubungi Kami

      Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, sila hubungi kami di privacy@shimano-eu.com.